Pemasaran Sukan Asia Tenggara 2017

Cogan kata

Cogan kata rasmi Sukan Asia Tenggara 2017 ialah “Bangkit Bersama” (bahasa Inggeris: Rising Together). Ia telah dipilih untuk menunjukkan perpaduan negara-negara Asia Tenggara dan juga menunjukkan bahawa Temasya sukan Kuala Lumpur sebagai temasya pertama Sukan Asia Tenggara yang diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.[48]

Logo

Logo Sukan Asia Tenggara 2017 ialah imej sebuah Wau Bulan, sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[49] Gabungan jalur warna-warni dikumpulkan daripada panji-panji semua negara Asia Tenggara. Sebuah pertandingan seluruh negara telah dianjurkan untuk memilih logo temasya sukan. Sejumlah 174 penyertaan telah dihantar untuk pertandingan rekaan logo tersebut.[50]

Maskot

Maskot Rasmi Sukan Asia Tenggara 2017 ialah seekor Harimau Malaya beranimasi yang bernama Rimau. Ia telah dilancarkan pada 14hb November 2015 berserta logo dan tema temasya sukan. Namanya ialah singkatan nilai-nilai teras temasya sukan, iaitu: Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity). Dia disifatkan sebagai seorang atlet yang gagah perkasa, peramah, berdaya saing dan berjiwa atlet sebenar.[49]

Lagu

Sukan Asia Tenggara 2017 mempunyai 4 lagu tema. Semasa sambutan undur 100 hari pada 9 Mei 2017, rakyat Malaysia diminta oleh penyanyi Dayang Nurfaizah dan komposer Ramli MS untuk mengemukakan idea dan cerita mereka yang berkaitan dengan tema "Bangkit Bersama" dengan laman web rangkaian sosial melalui kempen untuk membolehkan mereka buat lagu tema temasya. Pada 8 Ogos 2017, satu lagu tema untuk temasya telah dikeluarkan dan bertajuk "Bangkit Bersama".[51]

Pada 2 Ogos 2017, lagu tema bertajuk "Tunjuk Belang" telah dikeluarkan. Ia dipersembahkan oleh monoloQue, Azlan & The Typewriter dan maliQue. Lagu ini digambarkan sebagai lagu rock yang menggabungkan "bunyi tradisional dan moden".[52] Komposer dan penerbit lagu itu adalah maliQue.[53] Tajuk lagu itu secara harfiah bermaksud memamerkan warna sebenar seseorang dalam bahasa Inggeris dan "Belang" bererti jalur yang merujuk kepada maskot permainan, ditunjukkan di atas.[53]

Satu lagi lagu tema dikeluarkan pada 13 Julai 2017, bertajuk "So Many Hands" (Tangan-Tangan Yang Menjulang) dan telah dipersembahkan oleh Mia Palencia dalam bahasa Inggeris dan Asmidar dalam Bahasa Melayu yang merupakan lagu Video Promo Kuala Lumpur 2017, "Bersama Kita Lahirkan Juara".[54]

Lagu tema penutup temasya, "Together We Rise" dikeluarkan pada 30 Ogos 2017. Ia dipersembahkan oleh Vince Chong dan Jaclyn Victor.

Penaja

Dentsu Sports Asia, anak syarikat Dentsu dan Kumpulan Sportswork adalah agensi penajaan bagi Sukan Asia Tenggara 2017. Perkongsian kedua-dua firma itu diumumkan pada Januari 2016.[55] Dentsu bertanggungjawab untuk menangani masalah penajaan yang melibatkan firma antarabangsa dan Malaysia manakala Sportswork menguruskan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Malaysia[56]

Terdapat empat peringkat setara tajaan bergantung kepada jumlah dana syarikat menyumbang kepada permainan. Penaja gangsa menyumbangkan RM1 juta atau kurang, penaja Perak menyumbang RM1 hingga 3 juta. Penaja emas menyumbang RM3 hingga 7.5 juta dan penaja Platinum menyumbang RM7.5 hingga 15 juta.[57]

Sejumlah 39 penaja yang terdiri daripada 6 penaja Platinum, 6 penaja Emas, 9 Penaja Perak dan 18 penaja Gangsa, menyumbang kepada Sukan Asia Tenggara 2017.

Penaja Sukan Asia Tenggara 2017
SetaraFirma penajaan
PlatinumTelekom Malaysia,[57] Naza (Groupe PSA),[58] FBT,[57] Ajinomoto,[59][56] Petronas,[60] Rapid KL[61]
EmasMalaysia Airports,[57] AirAsia,[62] Traveloka,[63] Grab,[64][65] Tenaga Nasional, Sony (Sony Music)[61]
Perak100Plus,[57] Milo,[57] SCGM BHD–Benxon,[57] Prudential, McDonald's,[66] Spritzer,[67] Pavilion KL, Royal Selangor,[65] AEON Malaysia[61]
GangsaDouble Happiness, Gloria Jean's Coffees, JVC Kenwood, La Martina, Maha Mas Medic, Maju Group, Marathon Thailand, Maxwin, Mikasa-Sunrise, MLS-Zimmer-Airflex, Molten Corporation, MRCB, Nittaku, Ottobock, Sunstar, Trybe, Victor, Wiraka[61]

Rujukan

WikiPedia: Sukan Asia Tenggara 2017 http://home.hooha.asia/LarianSukanSEA2017.aspx http://www.mumbrella.asia/2016/06/dentsu-appointed... http://www.thehive.asia/2017/08/sea-games-2017-rev... http://www.astroawani.com/berita-sukan/sebanyak-2-... http://www.bangkokpost.com/news/sports/1315347/an-... http://www.bangkokpost.com/news/sports/1316543/gov... http://www.bolasport.com/read/olimpik/ragam/182214... http://www.weekender.bworldonline.com/2015/09/25/r... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/se... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/se...